KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM
KONSEP HALAL DAN HARAM Konsep halal dan tayyiban merupakan dua konotasi nama yang sinonim dan berkait rapat antara satu sama lain. Halal bermaksud sebarang perkara atau benda yang dibenarkan atau dibolehkan oleh syarak. Manakala haram adalah perkara yang dilarang. Sedangkan di antara halal dan haram tersebut adalah perkara syubhah yang sebolehnya dijauhi. Dalam perbendaharaan al-Quran, saranan untuk memilih makanan yang jelas di nukilkan beberapa kali di dalamnya sama ada dari segi konsep, kriteria dan contoh berkaitan halalan dan tayyiban Oleh yang demikian, majoriti ulama bersepakat mengatakan bahawa asal setiap sesuatu perkara adalah harus atau halal selagi tiada nas yang nyata mengharamkannya. Ternyata Islam memberi kemudahan begitu luas kepada manusia dalam mengatur kehidupannya. Oleh itu, seseorang tidak boleh sama sekali mengatakan haram kepada yang halal. Begitu juga, menghalalkan kepada yang haram. HADIS MAKANAN HALAL DAN HARAM 1.Surat Al-Baqarah [2:168] ...